NONRI menceritakan kejadian yang menimpa anaknya kepada media, semalam.
TAIPING: Seorang ibu tunggal tidak menyangka anak perempuannya berusia
16 tahun yang ditinggalkan berseorangan dibunuh kejam suspek yang
dipercayai cuba merogol dan mencabulnya di rumah mereka di Batu 9, Jalan
Trong, Changkat Jering, di sini, kira-kira 4.30 petang kelmarin.Nonri
Musa, 40, yang ketika kejadian menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Wan Ahmad Rasdi,
hampir pengsan melihat mayat anak ketiganya, Nurul Aien Mohd Saimon,
16, yang separuh badan termasuk kepala terendam dalam kolah yang
dipenuhi air, manakala kakinya terjuntai keluar.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Nurul Aien yang juga
pelajar SMK Datuk Wan Ahmad Rasdi itu turut cedera di kepala akibat
hentakan objek keras.
“Ketika bermesyuarat, saya dihubungi ahli keluarga memaklumkan anak saya mati dipercayai dibunuh.
“Saya
bergegas pulang ke rumah dan melihat keadaan anak yang sudah kaku.
Saya tidak menyangka ada insan tidak berperikemanusiaan sanggup berbuat
demikian,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Beliau
berkata, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada melihat kelibat dua
lelaki di belakang rumahnya dan apabila cuba disapa, mereka melarikan
diri.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk dan tidak
melaporkannya kepada polis sehinggalah semalam (kelmarin) anak saya
ditemui mati,” katanya.
Jiran mangsa, Abd Halim Abd Majid, 45, yang tinggal kira-kira 50
meter dari rumah mangsa berkata, anaknya Afnan, 16, rakan karib mangsa
terdengar jeritan dari arah rumah mangsa, sekitar jam 3.30 petang tetapi
tidak menghiraukannya kerana menyangka keluarga jirannya hanya bergaduh
sesama ahli keluarga.
“Tidak lama kemudian, ada saksi memaklumkan melihat seorang lelaki
keluar dari rumah mangsa dan meredah kawasan semak di belakang rumah
sebelum menyeberang Sungai Limau berdekatan rumah mangsa.
“Bagaimanapun,
kami tidak menghiraukan kejadian itu sehingga dimaklumkan mengenai
penemuan mayat mangsa dalam bilik air Nonri, jam 4.30 petang,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah,
berkata siasatan awal mendapati kes berkenaan tiada kaitan dengan
rompakan berikutan tiada kesan pecah masuk selain tiada kehilangan
barang berharga dan kesan bilik digeledah.
“Kami mengesyaki
suspek cuba merogol dan mencabul sebelum membunuh mangsa dengan
melemaskannya dalam kolah di bilik air rumah berkenaan. Bagaimanapun,
siasatan lanjut masih dijalankan.
“Susulan siasatan itu, seorang
lelaki berusia 18 tahun iaitu penduduk tempatan turut ditahan di
kediamannya yang tidak jauh dari lokasi kejadian awal pagi tadi
(semalam) bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui, di sini,
semalam.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja
Permaisuri Bainun, Ipoh, malam kelmarin untuk bedah siasat, sebelum
dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung
Batu 9, di sini, pagi semalam.
A-fatihah untuk arwah adik Nurul Aien Mohd Saimon
Kejadian tersebut berlaku tidak jauh dari kampOng mOon ... terkejut dan sangat sedey bila mak mOon cerita pasal kes ni .... sebab mOon pOn ada sOrang adik perempuan dalam lingkungan usia ni dan turut bersekOlah di sekOlah yang sama dengan mangsa...tak dapat bayangkan kalo ianya terjadi kat adik mOon...hmm...ekceli satu-satunya adik perempuan mOon...
nampaknya keruntuhan akhlak di kalangan anak melayu semakin menjadi-jadi ... tiada rasa keperimanusiaan ... di mana hilangnya nilai kasih sayang dan agama yang diterapkan oleh ibu bapa sedari awal usia lagi?
sedihnya .... dan semakin takOt bila memikirkan bagaimana kehidupan anak-anak gadis kita masa akan datang ... anak-anak gadis bagaikan dilahir untuk menjadi mangsa kerakusan keruntuhan akhlak ....
Kesedihan ni turut di SHARE di
Facebook SMKDWAR .... tapi ......ada sOmething yang mOon nak tegur kat sini ....
ye...kita semua memang sedey...tapi perlu ke kita LIKE gambar-gambar tu ??? ....mOon rasa cukup la sekadar kita sedekahkan al-fatihah dari klik buttOn LIKE .... seOlah-olah suka dan teruja dengan berita ni .... nak klik LIKE pOn tengOk keadaan la sayang-sayang semua ....kalo nak bagi sOkOngan mOral pada keluarga mangsa pun bukan macam tu kOt caranya ...
Ok...renung-renugkan dan selamat beramal ....