Sunday 26 February 2012

Ratu Malaysia Pahang 2010

Hari-hari minggu ni rajin pulak mOon menaip untuk tentang bOolan dOt blOg spOt . . . sesungguhnya bukak blOg sndiri ni memang bahaya....sampai ralit sangat ! hehehehe

Ok...ni cheQ nak tunjuk satu video ....mungkin kamu-kamu sayang semua dah penah tengOk... tapi aaaaahhhhh  peduli apa...nak letak jugak kat entri ni...hehehehe...



memang cantik ratu-ratu (ratu ke???) ni....malah lagi cantik dari perempuan Ori.... bOdy lagi meletOps dari anak dara....

sehebat mana pOn mengubah ciptaan Allah, satu hal mereka susah sket nak ubah iaitu SUARA ...abang-abang jugak yg kite dengaQ ...kan ?

kOmen last sekali tu..wOow...bagOs la...mak, ayah dan SUAMI pOn bagi sOkOngan....dah semua kerabat bagi sOkOngan...apa aku bley kOmen ~~~ tengOk aje la.... 

T_T


Dalam Islam kaum lelaki dilarang keras menyerupai perempuan dan bergitu juga sebaliknya. Sebenarnya Allah s.w.t. telah menjadikan antara kaum lelaki dan wanita ada perbezaan yang penuh hikmah dari segi penampilan, jiwa, suara dan kekuatan. Sesungguhnya Allah dan RasulNya melaknati wanita Islam yang berpakaian menyerupai kaum lelaki dan disebaliknya.

Dalam bab ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir). Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Shahih al-Bukhari, no: 5546). 


Nanti mesti kOnpius....Malaysia ke Thailand ni ???  Pahang Darul Makmur ... macam2 hal la dunia sekarang ...sakit Otak ....


Kenapa orang suka LIKE ???

NONRI menceritakan kejadian yang menimpa anaknya kepada media, semalam.

TAIPING: Seorang ibu tunggal tidak menyangka anak perempuannya berusia 16 tahun yang ditinggalkan berseorangan dibunuh kejam suspek yang dipercayai cuba merogol dan mencabulnya di rumah mereka di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, di sini, kira-kira 4.30 petang kelmarin.

Nonri Musa, 40, yang ketika kejadian menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Wan Ahmad Rasdi, hampir pengsan melihat mayat anak ketiganya, Nurul Aien Mohd Saimon, 16, yang separuh badan termasuk kepala terendam dalam kolah yang dipenuhi air, manakala kakinya terjuntai keluar.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Nurul Aien yang juga pelajar SMK Datuk Wan Ahmad Rasdi itu turut cedera di kepala akibat hentakan objek keras. 
“Ketika bermesyuarat, saya dihubungi ahli keluarga memaklumkan anak saya mati dipercayai dibunuh.

“Saya bergegas pulang ke rumah dan melihat keadaan anak yang sudah kaku. Saya tidak menyangka ada insan tidak berperikemanusiaan sanggup berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada melihat kelibat dua lelaki di belakang rumahnya dan apabila cuba disapa, mereka melarikan diri.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk dan tidak melaporkannya kepada polis sehinggalah semalam (kelmarin) anak saya ditemui mati,” katanya.
Jiran mangsa, Abd Halim Abd Majid, 45, yang tinggal kira-kira 50 meter dari rumah mangsa berkata, anaknya Afnan, 16, rakan karib mangsa terdengar jeritan dari arah rumah mangsa, sekitar jam 3.30 petang tetapi tidak menghiraukannya kerana menyangka keluarga jirannya hanya bergaduh sesama ahli keluarga.


“Tidak lama kemudian, ada saksi memaklumkan melihat seorang lelaki keluar dari rumah mangsa dan meredah kawasan semak di belakang rumah sebelum menyeberang Sungai Limau berdekatan rumah mangsa.

“Bagaimanapun, kami tidak menghiraukan kejadian itu sehingga dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa dalam bilik air Nonri, jam 4.30 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata siasatan awal mendapati kes berkenaan tiada kaitan dengan rompakan berikutan tiada kesan pecah masuk selain tiada kehilangan barang berharga dan kesan bilik digeledah.

“Kami mengesyaki suspek cuba merogol dan mencabul sebelum membunuh mangsa dengan melemaskannya dalam kolah di bilik air rumah berkenaan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Susulan siasatan itu, seorang lelaki berusia 18 tahun iaitu penduduk tempatan turut ditahan di kediamannya yang tidak jauh dari lokasi kejadian awal pagi tadi (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, malam kelmarin untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 9, di sini, pagi semalam.

 A-fatihah untuk arwah adik Nurul Aien Mohd Saimon

 Sumber : BERITA HARIAN ONLINE


Kejadian tersebut berlaku tidak jauh dari kampOng mOon ... terkejut dan sangat sedey bila mak mOon cerita pasal kes ni .... sebab mOon pOn ada sOrang adik perempuan dalam lingkungan usia ni dan turut bersekOlah di sekOlah yang sama dengan mangsa...tak dapat bayangkan kalo ianya terjadi kat adik mOon...hmm...ekceli satu-satunya adik perempuan mOon...

nampaknya keruntuhan akhlak di kalangan anak melayu semakin menjadi-jadi ... tiada rasa keperimanusiaan ... di mana hilangnya nilai kasih sayang dan agama yang diterapkan oleh ibu bapa sedari awal usia lagi?

 sedihnya .... dan semakin takOt bila memikirkan bagaimana kehidupan anak-anak gadis kita masa akan datang ... anak-anak gadis bagaikan dilahir untuk menjadi mangsa kerakusan keruntuhan akhlak ....

Kesedihan ni turut di SHARE di Facebook SMKDWAR .... tapi ......ada sOmething yang mOon nak tegur kat sini ....

ye...kita semua memang sedey...tapi perlu ke kita LIKE gambar-gambar tu ???  ....mOon rasa cukup la sekadar kita sedekahkan al-fatihah dari klik buttOn LIKE .... seOlah-olah suka dan teruja dengan berita ni .... nak klik LIKE pOn tengOk keadaan la sayang-sayang semua ....kalo nak bagi sOkOngan mOral pada keluarga mangsa pun bukan macam tu kOt caranya ...

Ok...renung-renugkan dan selamat beramal ....




Wednesday 8 February 2012

Ni hah sebab nape bley gado sal KFC...





SUMBER : AKU STRESS GILA 




memang la custOmer always right ...
tapi mereka jua manusia kOt ...
ada limit sabaQ..
sekian ~~~

Penangan KFC - Pekerja KFC Kurang Ajar

Salam ... 

Ramai kOt dah tengOk video ni ... 
mOon tak mau kOmen banyak2 pn sebab mOon tak tahu sangat pe isu sebenaQ sampai mcm ni sekali kecOhnya ...




yang mOon tak suka ialah mula la ada pihak mcm cuba nak lagakan MELAYU - CINA ....

benda kecik je kOt ... selesai cara elOk...
kita ni berpijak di bumi yang sama...hidup baik-baik tanpa kira agama dan bangsa .... baru berkekalan keamanan ni ....




Wordless Wednesday


Tuesday 7 February 2012

MoOd Jiwang Bertandang




saat tiada lagi waktu untuk kita berjalan seiring
saat tiada lagi waktu buat kita berkOngsi girang jua duka 
cukup saja ku rapatkan jari jemari , menangkupkannya ...
lalu mendOakan dirimu .... mOga airmata mu tidak mengalir lagi ...
mOga cintanya sentiasa penuh buatmu ... 
terangi siangnya dengan keceriaan ...
hiasi malamnya dengan mimpi indah ... 
lindungi lah dia Ya Allah ...









mOod jiwang tetiba ja malam ni .... 
heheheheh ... 
T_T