Tuesday, 19 April 2011

Semakin Hampir Dengan Kematian



Maut...semakin hari semakin menghampiri kita...setiap yang hidup pasti merasa mati....x cepat dan x lewat walau sesaat...


hmmm...dh x taw nak tulis camana... kat bawah ni email bertarikh 11 April 2011 kiriman kawan moOn masa kat tempat keje lama dulu (Silverstone Berhad)....Menurut kwn mOon hari kejadian adalah hari terakhir arwah menjalani Latihan Praktikal.




TAIPING: “Tiga hari lalu, arwah beritahu dia mahu mati (meninggal dunia) dengan cara mudah tanpa menyusahkan saya dan isteri.
“Saya fikir dia melawak kerana tabiatnya yang sentiasa berjenaka dengan saya dan isteri, namun tidak menyangka dia betul-betul pergi meninggalkan kami,” kata Kamarudin Sharip, 49, bapa kepada Muhammad Azreen Kamarudin, 20, pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis yang maut digilis lori, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari di Kilometer 8.5 Jalan Taiping- Bagan Serai berdekatan sebuah kilang tayar Silverstone, pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Elektrik itu maut di tempat kejadian apabila motosikal ditungangnya merempuh sebuah lori ketika keluar dari kilang berkenaan.
Difahamkan, arwah yang juga pelatih praktikal di kilang tayar itu keluar dari kilang berkenaan untuk makan tengah hari sebelum gagal mengelak sebuah lori yang datang dari arah Jalan Kamunting - Bagan Serai sebelum digilis lori berkenaan.

Kamarudin yang juga pengawal keselamatan di kilang berkenaan berkata, ketika kejadian, dia sedang bertugas dan tidak menyangka dentuman kuat rempuhan itu berpunca daripada kemalangan membabitkan arwah.

“Saya bergegas keluar untuk melihat kejadian itu, namun terkejut dan hampir pengsan sebaik menyedari mangsa yang tertiarap di bawah lori itu adalah anak saya sendiri.
“Hati saya luluh apabila melihat kepala arwah yang pecah akibat digilis tayar lori,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik Hospital Taiping (HT) di sini, petang semalam.

Katanya, arwah anak sulung daripada empat beradik dan bekas pelajar SekolahMenengah Teknik Kamunting sebelum melanjutkan pengajian di politeknik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah ketika ditemui semalamberkata, mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan beberapa anggota badan sebelum mayatnya dihantar ke HT untuk dibedah siasat.


Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah wlpn kita sama2 x mengenali arwah...hati mOon tersentuh sgt baca email ni...

8 comments:

mykhalis said...

bila dah sampai masanya tiada siapa mampu menghalang..

munirAh jOhAri said...

khalis ~~~ yup! bersiap sedia dan buat amal kebaikan byk2...

Miss Tira said...

al-Fatihah buat mangsa dan ucapan takziah buat keluarga dan semua yang mengenali arwah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.

Munirah Johari said...

amin...

**::CIKNUURUL::** said...

sdihnyee,..smoga arwah ditempatkn dlm klngan org2 yg brtaqwa,..amin,.

Moon Johari said...

**::CIKNUURUL::** ~~~~ amin...wlpn kita x kenal arwah tp ttp terasa sedih 2...

Cik Bidadari said...

hurmmmmmmmmmm al fatihah

Cik TeN10 said...

drpdNya kita dtg dan kpdNya jgak kita kembali.. al-fatihah utk arwah